Saturday, 26 April 2014

Kelebihan membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat


Di antara amalan yang dianjurkan untuk dikerjakan di malam atau hari Jumaat adalah membaca surah Al-Kahfi. Waktu disunnahkan membaca surah Al-Kahfi dimulai dari tenggelamnya matahari pada hari Khamis hingga sesaat menjelang matahari tenggelam di hari Jumaat. Membaca surah Al-Kahfi di garisan waktu itu mempunyai kelebihan yang besar.


Berikut 3 di antara kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat:

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit

مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ

"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ

“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal

Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)


Imam Nawawi berkata,
“Sebabnya, kerana pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal."
Demikian juga pada akhirnya, yaitu firman Allah:
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” (Al-Kahfi: 102)

Demikian 3 kelebihan membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, semoga semakin memotivasi kita untuk mengamalkannya. Dari penjelasan-penjelasan di atas, sudah sepantasnya bagi setiap muslim untuk memiliki kemahuan keras untuk membaca surah Al-Kahfi dan menghafalnya serta mengulang-ulangnya.

Wanita SUNAT melamar Lelaki Yang Baik & Bagus


Jika kita merujuk kembali Siratun Nabi, kisah ini telah tertulis hampir 1400 tahun yang lalu. Ia bukan melibatkan orang-orang biasa melainkan nabi junjungan kita umat Islam sendiri, Nabi Muhammad S.A.W.

Khadijah binti Khuwaylid merupakan majikan kepada Rasulullah S..A.W. Di atas kebaikkan akhlak Muhammad S.A.W serta sifat-sifat baginda yang terpuji sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, iaitu salah seorang hamba Khadijah, maka kepuasan hati terhadap pekerjanya tersebut bertukar kepada perasan cinta. Menurut satu riwayat, Khadijah menceritakan keinginan tersebut kepada Nufaysah binti Munyah.

Nufaysah kemudiannya menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu akan hajat Khadijah tersebut. Nabi Muhammad S.A.W agak terkejut kerana tidak terfikir akan menerima berita sedemikian. Ini kerana Khadijah sering menolak pinangan di kalangan orang terkaya di kalangan kaum Quraisy. Namun begitu, Rasulullah S.A.W menyampaikan berita gembira kepada Nufaysah dengan menerima lamaran Khadijah. Tidak lama selepas itu, sahlah Khadijah menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W dengan berwalikan bapa saudara Khatijah, Umar ibn Asad.

Menyingkap kembali sejarah alam perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W, kita sepatutnya sedar bahawa peristiwa perempuan meminang lelaki ini bukanlah perkara baru. Siratun Nabi adalah contoh dan teladan yang terbaik untuk diikuti. Paling tidak pun, masyarakat tidak boleh memandangnya sebagai sesuatu yang pelik atau salah. Ini menunjukkan ia sebenarnya adalah sifat terpuji dan diharuskan dalam Islam.