Saturday, 26 April 2014

Wanita SUNAT melamar Lelaki Yang Baik & Bagus


Jika kita merujuk kembali Siratun Nabi, kisah ini telah tertulis hampir 1400 tahun yang lalu. Ia bukan melibatkan orang-orang biasa melainkan nabi junjungan kita umat Islam sendiri, Nabi Muhammad S.A.W.

Khadijah binti Khuwaylid merupakan majikan kepada Rasulullah S..A.W. Di atas kebaikkan akhlak Muhammad S.A.W serta sifat-sifat baginda yang terpuji sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, iaitu salah seorang hamba Khadijah, maka kepuasan hati terhadap pekerjanya tersebut bertukar kepada perasan cinta. Menurut satu riwayat, Khadijah menceritakan keinginan tersebut kepada Nufaysah binti Munyah.

Nufaysah kemudiannya menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu akan hajat Khadijah tersebut. Nabi Muhammad S.A.W agak terkejut kerana tidak terfikir akan menerima berita sedemikian. Ini kerana Khadijah sering menolak pinangan di kalangan orang terkaya di kalangan kaum Quraisy. Namun begitu, Rasulullah S.A.W menyampaikan berita gembira kepada Nufaysah dengan menerima lamaran Khadijah. Tidak lama selepas itu, sahlah Khadijah menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W dengan berwalikan bapa saudara Khatijah, Umar ibn Asad.

Menyingkap kembali sejarah alam perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W, kita sepatutnya sedar bahawa peristiwa perempuan meminang lelaki ini bukanlah perkara baru. Siratun Nabi adalah contoh dan teladan yang terbaik untuk diikuti. Paling tidak pun, masyarakat tidak boleh memandangnya sebagai sesuatu yang pelik atau salah. Ini menunjukkan ia sebenarnya adalah sifat terpuji dan diharuskan dalam Islam.

No comments:

Post a Comment